KOTA TINGGI: Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh sejak 18 Mac lepas akan diteruskan pada 27 Mei ini di Berjaya Waterfront Hotel, di sini.
Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
"Saya percaya semua menantikan (pemilihan) ini terutamanya ahli dan perwakilan UMNO, kerana bagi saya sewajarnya kepimpinan UMNO Bahagian Johor Bahru ini dapat diputuskan segera," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana 2023 di Dewan Felda Lok Heng Barat, di sini, hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Abdul Halim Suleiman berkata proses pemilihan akan melibatkan jawatan Pengerusi Tetap, Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.
Bagi jawatan Ketua Bahagian, ia menyaksikan pertandingan antara Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dan bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar, bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad yang memegang jawatan itu selama empat dekad sebelum ini.
Pada 18 Mac lepas, proses pemilihan UMNO Bahagian itu ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan. -Gambar fail/Bernama
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Astro AWANI lancar jiwa, perkasa inovasi kewartawanan
Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI, apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, sebuah garis panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Remaja lelaki menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja lelaki menangis teresak-esak selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas pertuduhan merogol anak saudara tirinya, Februari lalu.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas serta terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan
Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.
Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi